Buku KHM


TUHAN, JAGA DIA UNTUKKU

Terukir indah wajah penuh senyuman di semua dada akhbar. Baju rona merah dengan rambut ikal beralun serta berkasut hitam, beliau nyaman sekali dipandang, manis.

"Serius, lawa dan suaranya sedap!"

"Orang Pahang?"

Walau itulah kali pertama Nurul menatapnya.

 


BINTANG AL-NILAM DI LANGIT MENTAKAB

Leman menunjukkan sebaris tiga bintang yang elok tersusun di langit malam.Langit pekat malam yang dihiasi dengan bintik-bintik cahaya bintang dan seketul bentuk bulat bulan ditambah dengan bias-bias cahaya di sekelilingnya. Indah. Ada juga yang berkuning-kuning bercahaya berterabur. Dengan sipi-sipi awan litup yang membuah kepul-kepul bayang bulan, alam yang hitam pekat menimbulkan makhluk Tuhan yang ini untuk dilihat dari bumi.

*****************

"Itulah bintang tiga serangkai," kata ayah Leman.

 


HEY, ALLAH KAN ADA



Aku ingat lagi masa anak aku mula-mula sakit tahun 2015. Aku banyak tumpu kepada kesihatan anak sampaikan aku tak boleh adakan sebarang projek di studio. Duit tak cukup, harapkan gaji sahajalah.

Tup-tup, ada satu kelas marketing yang julung kali dibuat di Kuala Lumpur berharga RM380/pax. Siap tulis makan 3 kali, percuma buku dan nota.

Aku merayu-rayu ke organizer yang boleh tak mereka tolak duit makan dan nota. Buku aku nak. Aku tak cukup duit. Belasah sahajalah cuba nasib walau aku tahu memang tak logik buat begitu.

Mereka tak kasi. Kahkahkah. Geram betul. Harap suara je sedap dalam telefon.

Aku pujuk lagi. Hubungi lagi sampailah aku tanya hari last register, boleh ke tak sebab kelas tersebut mereka umum belum cukup orang.

Sungguh. Waktu itu aku memang masih belum cukup duit. Jadi aku carilah cara bagaimana nak dapatkan ilmu tersebut.

Syukur. Tuhan selalu beri aku kasih sayang. Akhirnya mereka kasi. Aku dapat bayar dengan harga murah ya amat. Segan aku nak kasi tahu kau orang.

Aku datang awal. Dapat masuk kelas dengan tenang. Time makan, aku tak join. Relaks makan roti sambal bilis dengan air botol aku bawa sendiri.

Hari ini, bukan aku nak kata aku berjaya dah. Belum lagi woih. Masih belajar.

Cuma, nak cakap ke kau orang, bab berguru untuk capai sesuatu, usahakan sampai kau berjaya. Ilmu itu tak pernah ada sempadan. Tinggal cara kau nak dapatkannya sahaja.

Lepas itu kau akan belajar hargai.

Dan kau tahu jika kau tak amal, kau rugi.

Kena ingat, Allah kan ada.

 


EMAK RINDU MATHANGA ERISSERY

Pemergian ke India ini saya bekalkan hanya sedikit sahaja pesanan orang itu pesanan orang ini. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sana. Dunia yang kalian kerap sebut sebagai bumi kotor yang penuh dengan manusia jijik dan kawasan yang tidak sihat untuk didiami. Saya banyak angguk sahaja daripada melayan bersembang.

Sesampainya di Kochi, kami disambut dengan wangian entah apa. Rasa segar dan bertenaga. Sungguhpun sudah lewat malam, tidak pula kami jumpa perkara-perkara yang menjadi nasihat dan pesanan semasa di Malaysia.

Dari Kochi ke Kondungalor, kemudian ke Munnar, kemudian Munnar ke Alleppey, dan akhirnya kembali ke Kochi. Perjalanan ini penuh perkara yang indah-indah. Kadang-kadang terbayang kisah-kisah lama Sangam, Bobby serta Dilwale Dulhania Le Jayenge, yang mana mereka banyak sekali menyediakan adegan manis di beberapa pelusuk India. Sungguhpun tidaklah sama, tetapi India tetap India, penuh drama suka duka.

Sungguhnya naskah jujur untuk emak. Untuk insan yang dari saya berusia tujuh lapan tahun menyebut-nyebut untuk kembali ke tanah ini, untuk melihat kampung sendiri dan merindui keenakan masakan keluarga.

Yang merasa manisnya punya keluarga bahagia. Kemudian diterima masuk ke dalam keluarga besar yang cukup penuh dengan masam manis berbeda-beda. Sungguhpun semuanya sudah pun bertukar, lidah dan rindu tetap punya kenangan yang memanggil-manggil.

Wahai emak, Tuhan menghantar anak yang ini untuk menemu janji indah. Sungguhnya ia merupakan kenangan paling manis di dunia.

Untuk emak yang disayangi. Aini Binti Abdullah



YA TUHAN, INI AMAT MENYAKITKAN

"Anak kecil berlarian dengan baju lusuh dan seluar compang - camping. Apabila didekati, tiada tangan rupanya. Ada ibu berdiri di luar khemah, didalamnya anak-anak sedang tidur kepenatan. Dia hanya berdiri kerana tidak tahu di mana hendak melepaskan lelah.

Kehidupan di celah kebinasaan umpama magis yang sukar untuk digambarkan. Hanya pohon tin dan zaitun jadi saksi. Melihat tanpa boleh membantu, memberi teduh tanpa menghilangkan haus.

Dari tahun 2011, lebih enam juta rakyat Syiria menjadi pelarian dan keluar dari negara sendiri. Mereka mencari perlindungan dan lebih penting, menyambung nyawa anak-anak yang masih kecil. "

Ini adalah naskah terbaharu hasil tulisan Khairul Hakimin Muhammad.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan HABIS STOK
Terkenal Di Langit HABIS STOK
Bintang Al-Nilam di Langit Mentakab
Cerita Viral Kebangsaan HABIS STOK
Emak Rindu Mathanga Erissery
Tuhan, Jaga Dia Untukku
Hey, Allah Kan Ada
Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel media.bykhm@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAbuain Kitchen Studio
No. Akaun562263511955
Buka Maybank2u  

Perlukan Bantuan?